Thursday, May 2, 2013

Cinta Politik

Dua rakan sekerja tiba-tiba menjadi musuh kerana berbeza permikiran politik. Keadaan menjadi teruk apabila masing-masing aktif menyebarkan fahaman politik masing-masing di alam maya.

"Kita kena belajar bersyukur dengan semua yang kita dapat! Kenapa perlu memilih pihak X? Hanya orang ***** je yang akan berpihak kepada yang salah!" tweet si jejaka Z.

"Kenapa taknak terima kenyataan? Pihak X sudah tidak lagi diterima rakyat! Kami mahukan perubahan!! Undilah parti Y!" tweet si gadis W.

Pergaduhan itu berlangsung hampir setiap masa sama ada di laman sosial mahupun di dunia nyata. Ternyata penghinaan sesama sendiri memberi impak yang berbeza dalam kehidupan kedua pihak. Keduanya tiba-tiba dikurniakan sedikit perasaan. Perasaan cinta terhadap keduanya. Kesan pergaduhan itu, kedua-dua jejaka Z dan gadis W mula timbul kesedaran  bahawa bergaduh kerana perkara sebegitu langsung tidak menguntungkan malah cuma membuang masa dan sia-sia. Seterusnya mereka berhenti menjadi macai bagi kedua-dua pihak politik dan mula bercinta. Kemudian mereka merancang untuk mengundi parti bebas di hari pilihan raya nanti.

"I nak undi parti payung nanti. You pun ikut I okay?" ujar si lelaki Z semasa lunch-date mereka.

"Eh, kenapa pulak?! I nak undi parti awan dan I nak you ikut I, okay sayang?" balas si gadis W.


Malangnya, keadaan tidak menjadi sebaik yang disangka. Mereka kemudiannya bergaduh kembali dan masing-masing kembali menyebarkan fahaman politik baru mereka di laman sosial. 






Habbis.....








P/s: first attempt via blogger for android. I dont have the idea how it will appear on web.

No comments:

Post a Comment