Wednesday, August 7, 2013

Aku, Dia dan Kad Raya.

Bismillah...

Memandangkan raya dah nak tiba kejap je lagi, aku sibuk la mengemas rumah macam manusia-manusia lain. Biasalah aku ni melayu, semua benda memang buat last minit. Dalam masa mengemas tu, banyak benda aku jumpa. Rumah bersepah nokharam, memang la jumpa banyak benda. Benda lama tak jumpa pun aku ada terjumpa masa mengemas tu. 

Antaranya termasuklah kad raya daripada bekas pakwe beberapa tahun yang lalu. Sambil ulang baca kad raya tersebut, aku menangis. Menangis kerana memilih untuk bercinta di usia yang sangat muda, menangis kerana memilih untuk memutuskan hubungan itu tanpa alasan yang munasabah, menangis kerana kebodohan yang aku lakukan dan menangis kerana kesedaran yang aku peroleh.

It was a puppy love, yes. But deep inside, it still hurts. Being with the same guy for quite a long time but then it just not going so well and puff.. the relationship was over. Despite of all those 'I love you forever and ever' promises, the relationship still over. What happened to the 'forever and ever'? What happened to those promises? Until now, if I ever have the chance to choose the relationship I want, I'd choose this. It was the sweetest (and the worst, I must say) memories I had ever experienced. And the kad raya itself, as a prove. 

We might share the same memories, but if we look again, we will not feel it the same way like we did last time. (Me, 2013)


Sunday, June 23, 2013

Penyebar Cerita

Bismillah...

Gadis A: Eee, I bengang betullah dengan geng mamat tu. Ada je diorang tak puas hati pasal I. Macam-macam cerita diorang sebarkan. Semua pasal I je pulak tu. Eeeee geramnyaaaaa!

Gadis B: Mana awak tau diorang tu cakap pasal awak? Awak yakin ke diorang cakap pasal awak? Kang tersilap orang, awak jugak yang malu tau.

Gadis A: Memang pasal I la. I tau la. Siapa lagi yang buat benda-benda macam tu selain I?

Gadis B: So, awak nak salahkan diorang sebab jaja cerita awak? Kenapa awak taknak salahkan diri sendiri sebab buat benda yang awak sendiri tau akan buat orang bercerita?

Gadis A: Err, I...............

----------

Dulu aku selalu naik angin malah pernah hampir bergaduh sebab orang bawak cerita pasal aku. Masa tu memang bengang malah bangang. Aku lupa sebenarnya. Padahal semua tu berpunca daripada diri aku sendiri. Pepandai buat hal, pepandai la cover cerita. Kalau taknak orang bercerita, kenapa nak buat jugak benda tu at the first place? Jadi..... Fikirlah dulu sebelum melakukan apa-apa. Kalau menyesal kemudian, serious memang dah takde gunanya.

Saturday, June 22, 2013

Projek Bersiri

Bismillah...

Sejak ada kehidupan (baca: life) ni, habis semua laman sosial termasuklah blog ni dibiarkan bersawang. Lagipun takde sapa nak baca. Tapi pedulikannnn.......

So.... Untuk mengelakkan daripada dibiarkan benda alah ni berhabuk lagi memandangkan aku ni bukan rajin pun nak membersihkannya, aku telah merancang satu projek bersiri. Objektif projek ini adalah untuk membazirkan masa yang taklah banyak sangat, tapi cukup untuk aku laksanakan dalam seminggu beberapa kali. Tu pun kalau rajinlah. Jadi nantikan projek terbaru aku, dalam masa terdekat ini. Sama ada kejap lagi, esok atau minggu depan itu bergantung kepada tahap kesibukan aku (baca: kemalasan) yang dah ada kehidupan ni okay?















Wah, cara cakap dah macam blogger yang ada followers beribu-riban. Padahal habuk pun tarak. Kbai!

Thursday, May 2, 2013

Cinta Politik

Dua rakan sekerja tiba-tiba menjadi musuh kerana berbeza permikiran politik. Keadaan menjadi teruk apabila masing-masing aktif menyebarkan fahaman politik masing-masing di alam maya.

"Kita kena belajar bersyukur dengan semua yang kita dapat! Kenapa perlu memilih pihak X? Hanya orang ***** je yang akan berpihak kepada yang salah!" tweet si jejaka Z.

"Kenapa taknak terima kenyataan? Pihak X sudah tidak lagi diterima rakyat! Kami mahukan perubahan!! Undilah parti Y!" tweet si gadis W.

Pergaduhan itu berlangsung hampir setiap masa sama ada di laman sosial mahupun di dunia nyata. Ternyata penghinaan sesama sendiri memberi impak yang berbeza dalam kehidupan kedua pihak. Keduanya tiba-tiba dikurniakan sedikit perasaan. Perasaan cinta terhadap keduanya. Kesan pergaduhan itu, kedua-dua jejaka Z dan gadis W mula timbul kesedaran  bahawa bergaduh kerana perkara sebegitu langsung tidak menguntungkan malah cuma membuang masa dan sia-sia. Seterusnya mereka berhenti menjadi macai bagi kedua-dua pihak politik dan mula bercinta. Kemudian mereka merancang untuk mengundi parti bebas di hari pilihan raya nanti.

"I nak undi parti payung nanti. You pun ikut I okay?" ujar si lelaki Z semasa lunch-date mereka.

"Eh, kenapa pulak?! I nak undi parti awan dan I nak you ikut I, okay sayang?" balas si gadis W.


Malangnya, keadaan tidak menjadi sebaik yang disangka. Mereka kemudiannya bergaduh kembali dan masing-masing kembali menyebarkan fahaman politik baru mereka di laman sosial. 






Habbis.....








P/s: first attempt via blogger for android. I dont have the idea how it will appear on web.

Tuesday, March 12, 2013

Sabar

Kau sabar.
Kau tenang.

Jangan buat serabut.
Jangan bikin ribut.
Jangan tambah kusut.
Jangan kelam-kabut.

Kalau Tuhan kata ada, adalah dia.
Kalau tak, kau cuma kena rela.
Bukan semua yang kau nak, kau akan terima.
Bukan semua yang kau ingin, kau dapat juga.

Yang penting, sabar.
Dan doa......

Saturday, March 9, 2013

Kahwin

"Youuuuuuuuu......"

"Hmmmm."

"You nak bangun ke tak ni?"

Seperti selalu, si perempuan mengejutkan si lelaki dari tidur subuh itu. Dan seperti selalu juga si lelaki agak liat untuk membuka mata. Kepenatan, barangkali. Tanpa merungut, si perempuan gigih membangunkan si lelaki dari lena. Setelah beberapa ketika mencuba si lelaki akhirnya bangkit juga. Dikucup pipi si perempuan sebelum bergegas ke bilik air untuk mandi dan seterusnya mengimamkan si perempuan yang sudah bersedia di tikar sembahyang. Sesudah solat Subuh itu, si lelaki kembali ke pembaringan. Tanpa dipinta, si perempuan turut berbaring di sebelahnya.

"Youuuuuuuu...."

"Ye sayang, apa dianya ni?"

"Sampai bila kita nak macam ni?"

"Apa maksud you ni, sayang?"

"Ah, you ni. You fahamkan apa maksud I sebenarnya!"

Si perempuan sudah mula memasamkan muka. Dia berpaling lalu mencebik. Sebal dengan kepura-puraan si lelaki. Si lelaki yang akhirnya memahami kehendak sebenar si perempuan segera memujuk.

"Sayanggggg....."

"........"

"Okay okay okay...I faham dah. I tahuuuu. Baik. I janji lepas ni I jumpa parents you."

"......."

"Kita kahwin okay, sayang? You. Me. Us. We're going to be together. Forever. Okay, sayang?"

"......"

"You! Dengar tak apa I cakap ni?!"

Si perempuan kembali berpaling lalu diukir senyuman yang paling manis. Dia mengangguk setuju dengan senyuman menggoda.




Dan keluarga syaitan kembali bertempik riang. 

Tuesday, March 5, 2013

Satu Hari Satu Malam

Pengalaman ditegur mak nyah.
Pengalaman disergah mat rempit.
Pengalaman ditegur kutu jalan.
Pengalaman ditipu si lelaki jalanan.
Pengalaman ditenung si suami orang.
Pengalaman dibantu si abang polis dan si abang kecik. 

Akan aku ingat sampai mati. Semua pengalaman dalam tempoh sehari. Aku sangat bersyukur tiada yang buruk terjadi. Semoga Tuhan balas pahala orang yang baik hati. Semoga diberi hidayah kepada yang belum sedar diri. Dan juga kepada diri ini. Moga-moga semua ini takkan berulang lagi. Terima kasih Allah unntuk semua ini.

Friday, January 25, 2013

Cari #2

Sedang dalam proses mencari sesuatu. Cumanya masih belum jumpa apa yang dicari dan masih tak pasti apa yang mahu dicari.




Ada yang mahu membantu?