Sunday, November 11, 2012

Cari

Aku ingin mencari apa erti cinta. 
Aku mahu tahu apa makna sebenarnya. 
Cumanya, kalau aku berterusan lakukan apa yang aku sedang lakukan. 
Sampai bila-bila pun aku takkan dapat. 
Sampai bila-bila pun aku takkan jumpa.



Kalau aku ikutkan otak separa mereng aku, sekarang ni aku tengah backpacking sorang-sorang. Kalau tak sebab mencari cinta pun, sekurang-kurangnya aku pergi untuk mencari diri. 


Dan aku paling benci perkataan 'kalau'.

Monday, September 17, 2012

Random

Aku menangis baca semua tulisan Hlovate. 
Aku  menangis menghayati karya Cecilia Ahern. 
Aku menangis sebab Awek Chuck Taylor. 
Aku menangis masa Harry Potter habis ditayangkan. 
Aku menangis tengok Men In Black 3. 
Aku menangis habiskan 15 episod Heart Strings.

Sama macam aku menangis bila aku kena marah atau bila aku rasa sakit atau bila aku kecewa dan sama  juga bila aku rasa ditinggalkan. Aku ingat aku lain dari yang lain. Aku ingat aku tak sama macam perempuan lain. Tapi hakikatnya tak. Kalau di ubah macam mana pun aku ni, tetap kekal macam tu. Serupa. Tak ada beza. Sama. Kalau dah namanya perempuan, senjatanya yang ada hanya air mata. Cumanya sekarang, aku rasa aku dah berhenti sia-siakan air mata untuk lelaki. 

Sekurang-kurangnya, aku rasa begitu. 




p/s: Setiap kali aku punya masa untuk kemari, niat aku cuma satu. Menyudahkan kispen bersiri yang dah berzaman tu. Tapi hingga saat ini, aku cuma mampu menambah beberapa baris ayat dan berhenti. Sudahnya, ini. Satu lagi post random tentang aku yang takde siapa mahu tahu. Peduli apa aku.

Monday, July 16, 2012

Move On

Bila sebut pasal move on,jujur aku cakap. Aku sering tewas. Aku lemah. Aku tak mampu. Belum pun sehari aku rasa aku dah move on,aku tau aku dah kalah. Bila depan orang, gaya taknak kalah. Konon dah ada hidup baru. Tapi bila sensorang? Cuma aku sorang je tau apa yang berlaku. Susah sebenarnya jadi seorang aku. Kalau dah suka sangat merumitkan diri sendiri. Percayalah nanti sendiri sakit hati.

Dalam pada aku rasa aku dah jumpa orang baru,aku tau sebenarnya aku masih fikirkan seseorang itu. Dalam aku terfikir untuk cipta kenangan baru,aku masih teringatkan masa lalu. Bila aku teringin nak rasa bahagia yang baru,aku terkenangkan kecewa dahulu. Aku belum cukup kuat untuk semua yang berlaku. 

Aku sangat berharap dia yang baru akan terus bersama aku untuk mencipta semua kenangan dan rasa bahagia yang aku mahu. 

Friday, May 25, 2012

Kispen Bersiri: Cinta Sebenar

"HAH?!"

"Umiiii,Iqa taknak kahwin dengan sepupu sendiri," rengekku.

"Umi bukan nak paksa. Tapi,Ayah Cik betul-betul nak Iqa jadi menantu dia. Umi taktau nak tolak macam mana," umi membalas lembut. Bersabar melayan anaknya yang sorang ini.

Aku betul-betul tak menjangkakan ini rupanya perkhabaran yang umi mahu sampaikan. Ayah Cik mahu menjodohkan aku dengan anaknya yang sebaya denganku. Bukan aku tak sukakan Haris,sepupuku itu. Cuma aku tak berapa rapat dengannya. Kami jarang berjumpa,jarang bercakap. Lagipun dia terlalu pendiam! Jauh bezanya dari aku yang bermulut bising ini. Aku sudah taktau nak buat apa lagi. Dalam fikiranku cuma ada seseorang. Aku khuatir bagaimana reaksi seseorang itu jika dia tahu berkenaan perkara ini. Sungguh,aku tak mahu dia tahu!

Ayah Cik seorang bapa saudara yang baik. Aku memang paling rapat dengannya sejak kecil lagi. Ayah Cik sering bertanya khabarku melalui telefon. Tapi selepas umi memberitahu tentang risikan Ayah Cik itu,aku cuba mengelak darinya. Semua SMS,Whatsapp,panggilan daripada Ayah Cik aku biarkan terabai. Walau bagaimanapun,aku memang tak dapat mengelak langsung apabila keluarga Ayah Cik bertandang ke rumah. Aku yang baru pulang daripada pejabat terus bersalaman dengan Ayah Cik dan Cik Ima. Sepupu kecilku,Hashrid,adik kepada Haris lebih suka bersendirian,kulihat bermain PSP tanpa menghiraukan kepulanganku. Semasa umi dan Cik Ima berada di dapur,aku yang baru turun sesudah menukar pakaian melihat Ayah Cik keseorangan di ruang tamu. Hashrid entah kemana perginya. Sedang aku mencari-cari kelibat Hashrid,Ayah Cik menegurku.

"Iqa kecik hati dengan Ayah Cik ke?"

"Eh,kenapa Ayah Cik cakap macam tu? Takkanlah Iqa nak kecik hati dengan Ayah Cik pulak,"aku cuba berseloroh walaupun aku tahu suaraku hambar. Aku boleh nampak wajah Ayah Cik tidak ceria. Aku rasa sangat serba salah.

"Iqa tak suka ye Ayah Cik nak jadikan Iqa menantu Ayah Cik?"

"Bukan macam tu,Ayah Cik. Iqa... Iqa taktau la Ayah Cik. Iqa tak rapat dengan Haris. Entahlah. Haris dengan Iqa dari kecik tak ngam. Macam mana nak kahwin kalau macam tu?"

"Macam nilah. Ayah Cik bagi Iqa masa untuk fikir dulu. Iqa akan buat solat istikharah. Nanti Iqa bagitahu Ayah Cik keputusan Iqa,ye? Iqa minta sangat Ayah Cik dapat faham Iqa," sambung aku bila Ayah Cik sekadar mendiam diri.

'Baiklah kalau macam tu. Ayah Cik minta maaf kalau Ayah Cik macam mendesak Iqa. Iqa budak baik. Ayah Cik nak sangat Iqa jadi menantu Ayah Cik. Tapi takpelah. Ayah Cik bagi Iqa masa. Nanti lain kali kita cakap pasal ni lagi. Jomlah kita ke dapur. Ayah Cik dah lapar ni. Apa agaknya umi dengan Cik Ima kamu buat dekat dapur tu." Aku sekadar tersenyum kecil dan mengekori langkah Ayah Cik ke dapur.

*****************************

-BERSAMBUNG-

Friday, May 11, 2012

Luahan

People say, "easy come,easy go".

Aku sangat takut dengan frasa ini. Kerana bagi aku,mengapa perlu muncul kalau tahu akan pergi? Kalau benar dia akan pergi sebagaimana mudahnya dia hadir dalam hidup aku,aku akan buat dia muncul dengan sukar agar dia juga perlu bersusah payah untuk meninggalkanku. Sounds desperate? Kalau benar aku mahukan dia,aku akan usahakan. Aku penat menjadi pemerhati semata,bila kepunyaanku dirampas. Cukuplah. Aku serik. Kenapa cuma aku yang harus ikut telunjuk orang? Kenapa cuma aku yang perlu mengalah dalam setiap hal? Kenapa cuma aku yang mesti terima kata putus mereka? Ini hidup aku,atau hidup mereka?! Ah,aku yang terlalu berlembut rasanya. Jadi yang lain mula pijak kepala. Sudah. Kelaut jadinya ayat aku nanti. 



P/S: sebenarnya ini untuk sedapkan hati sendiri. Kalau dah Allah tak izinkan dia jadi milikku,apa lagi yang boleh aku debatkan? Tiada apa.

Wednesday, May 9, 2012

Tanpa Tajuk #4

Pemalasnya aku.....
Semua unpublish entry masih kekal di draft.
Pemalasnya aku.....
Semua entry yang keluar di dashboard,hanya mampu dilihat.
Pemalasnya aku.....
Semua aktiviti tertangguh dan kerja bertimbun.
Pemalasnya aku.....
Makan pun perlu dipaksa!

Thursday, April 26, 2012

Tanpa Tajuk #3

"Manusia yang hebat bukanlah kerana dia tidak pernah terjatuh. tetapi kerana kemampuannya untuk bangkit semula setiap kali jatuh."
ihsan google
Aku terjumpa sebuah buku lama. Yang kulitnya sudah tiada,yang kertasnya sudah berubah warna. Dan di muka pertama buku itu,tertulis ayat di atas. Tulisan yang kemas dari seseorang dan ditujukan khas buat seseorang yang lain. Bagaimanapun aku tidak mengenali nama-nama itu.

Aku tahu aku masih belum cukup hebat kerana aku masih sangat membutuhkan bantuan untuk bangkit kembali setiap kali selepas jatuh. 

Sunday, April 22, 2012

Kisah Satu Malam

Baru-baru ini ada berita tentang tsunami bakal melanda lagi. Aku bukan mahu bercerita tentang tsunami. Aku cuma mahu kongsi apa yang aku rasa. Baru sekejap tadi,aku berjalan-jalan di tepi laut. Mengambil angin kononnya. Boleh tahan lama juga tidak kesana. Setelah penat berjalan,aku melabuhkan punggungku di batu-batu tepi tu. Oh,aku pergi bersama ibuku. 

"Macam mana kalau tiba-tiba tsunami datang masa kita tengah duduk-duduk ni ye?" Ibu bertanya tiba-tiba.

Aku terkedu. Bagaimana jika tsunami itu benar-benar berlaku ketika itu? Bagaimana jika ajal kami hanya sampai saat itu? Memang takut. Belum banyak pahala yang aku buat. Masih banyak dosa yang belum dibetulkan. Baru sedikit amalan yang telah dilakukan. Ah,aku cuma bijak dalam berbicara. Praktikalnya bagaimana?

Satu benda aku teringat. Aku kurang pasti pepatah atau apa. Kata orang,"kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepian pantai." Lebih kuranglah situasinya disini. Jangan kita duga sesuatu itu. Allah ada dimana-mana. Kalau "jadi" kata-Nya,maka "jadilah". We never know what will happen next. Kita berserah dengan ketentuan takdir-Nya. 






*Sebenarnya aku nak cakap pasal benda lain juga tadi. Tapi,anggaplah ia hilang ditelan ombak. ^^v

Tuesday, April 17, 2012

Gembira atau Bahagia?


Sama maksud ke gembira dengan bahagia ni? Aku sendiri tak pasti. Tapi kadang-kadang bila aku gembira,aku tak rasa kebahagiaan tu. Sebaliknya bila aku bahagia,semestinya aku akan merasa gembira. I don't have much to tell. Aku ni pun hidup belum lama. Belum banyak bahagia yang aku rasa. Hanya sedikit kekecewaan yang aku lalui. Aku cuma mampu berharap. Biarlah bahagia yang kurasa akan dapat dijadikan kenangan untuk selamanya. Biarlah rasa kecewa aku hanya sekadar sekejap itu.

Friday, March 30, 2012

Kalau cinta

Kalau cinta jangan kacau. 
Kalau sayang tak perlu marah. 
Kalau ikhlas tak minta berbalas. 
Serahkan cinta mu. 
Pada yang punya cinta.

****************************************
Kalaulah cinta itu seluas lautan, aku mungkin tak mampu merentas lautan yang luas itu. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu kau yakin bahawa cinta itu akan kekal sebesar itu. 

Kalaulah cinta itu setinggi langit, aku memang tak akan mampu menyentuhnya. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu kau bisa rasa bahawa cinta itu memang ada.

Kalaulah cinta itu seperti bintang, aku tahu aku tak bisa menggapainya. Tapi aku akan pastikan bahawa cinta itu akan terus bersinar terang sebagaimana bintang itu bersinar.

Semua itu cuma harapan. Kalau benar cinta itu untukmu, aku akan tetap pertahankan cinta itu hanya setelah Tuhan perkenankan cinta kita.

Saturday, March 24, 2012

Tanpa tajuk #2

Kau dengan dia sama tetapi tak serupa
Kau buat apa yang dia buat
Kau ada apa yang dia ada
Cuma.....
Bukan kau yang aku mahu
Bukan kau yang curi hatiku
Bukan kau pilihanku
Jadi aku pinta
Tolong berhenti mengharap
Aku mohon.....

Monday, March 19, 2012

Sakit hati!

Kau pernah rasa tak nak bunuh orang tiba-tiba?
Kau pernah rasa tak nak maki orang dengan sengaja?
Kau pernah rasa tak nak pijak-pijak orang sampai habis nyawa?

Ok aku tau aku over. Cerpen aku yang cuma tinggal penutup je dah takde! Tinggal separuh je woi! Kejadah apa aku nak taip balik satu-satu? Mana aku nak kutip balik idea? BENGANGNYAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Thursday, March 15, 2012

Tanpa tajuk #1

JIKA MEREKA YANG MENYAYANGI AKU PUN TIDAK MENGENALI AKU, BAGAIMANA PULA DENGAN YANG TIDAK MENYAYANGI AKU?

JIKA MEREKA YANG MENGENALI AKU PUN TIDAK PUNYA KEYAKINAN TERHADAPKU, BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA YANG TIDAK MENGENALIKU?

JIKA MUNGKIN ADA YANG  PUNYA KEYAKINAN TERHADAPKU TETAPI TIDAK MEMBANTU UNTUK MAJU, BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA YANG LANSUNG TIDAK YAKIN DENGAN DIRIKU?

Kita tak pernah sendirian. Kita bukan berseorangan. Cuma kita belum sedar sebenarnya ada yang meneman. 

Saturday, March 10, 2012

Penakut

Aku memang penakut
Takut meluahkan rasa hati
Takut mempertahankan pendirian sendiri
Takut menyatakan kebenaran yang pasti

Aku yakin bukan semua silapku
Bila yang tersayang menjauh pergi
Bila yang dicinta mula meragui
Bila yang dirindu tidak mempercayai

Biarkan....
Biarkan aku terus begini
Tidak guna bersimpati lagi
Itu semua sudah tidak bererti

Thursday, March 8, 2012

Dendam

"Aku jumpa mangsa baru." 

Dari jauh dia melihat telatah dua manusia itu. Dia mengukir senyuman,sinis. Dia mula mengatur langkah dan mendekati pasangan itu. Setelah yakin si perempuan tidak perasan kemunculannya,dia melangkah perlahan-lahan dan dengan sengaja dia melanggar si lelaki. 

"Ops,I minta maaf. Inilah padahnya pakai highheels,tersadung pulak. I'm really sorry."

"Eh,takpe cik takpe. Are you ok?" tanya si lelaki,prihatin. Namun apabila melihat kecantikan gadis itu,dia seperti dipukau. 'Cantiknyaaa,' hatinya berbisik.

"Oh yes. I'm ok. Look,I've to go now. Maybe we can talk later?" dia menghulurkan kad namanya dan berlalu pergi. Si lelaki tidak sempat berkata apa-apa hanya melihat dia pergi meninggalkannya. Dia melihat kad nama itu. 'Q? Itu je nama dia? Pelik...'

***********************************
Q seorang gadis kacukan yang memiliki mata yang memukau,bibir yang menggiurkan dan bentuk tubuh yang menarik. Dia seorang yang agak misteri. Tidak mempunyai teman rapat,sentiasa bersendirian dan sering mengelak daripada keramaian. Q mempunyai satu prinsip hidup yang pelik mungkin? Dia sentiasa ingin menjadi 'the only one'. Baginya,menjadi yang pertama itu menyusahkan. Kerana di belakang yang pertama pasti ada yang kedua. Dia cuma mahu dialah satu-satunya dalam apa jua keadaan. 

************************************
Malam itu......

Si lelaki bersandar di kepala katilnya. Dimindanya terlakar semua perkara yang dilakukan pada hari itu. Tiba-tiba dia teringatkan gadis yang melanggarnya pada siang itu. Dia tercari-cari kad nama yang diberikan. Dia merenung kad itu. Dia berkira-kira mahu menghubungi gadis itu atau tidak. Tidak lama kemudian dia mendail pantas nombor yang tertera.Tidak sampai seminit menanti,panggilannya berjawab. Dia tergamam mendengar suara di talian. 'Wah,sedapnya suara dia. Boleh buat tak tidur malam ni.' Si lelaki sempat berangan. Setelah lama terdiam,dia mula berbiacara. Dia memperkenalkan diri dan mereka terus berbual. Lama. 

Sejak malam itu,hampir setiap hari mereka berbual. Malah kerap juga mereka keluar berdua. Si lelaki mula mengabaikan teman wanitanya. Apabila dia dihubungi oleh si perempuan,alasannya cuma satu. Sibuk. 

Di kamar Q.....

Matanya tertumpu kepada skrin komputer riba dihadapannya. Dia ketawa sendirian setelah membaca blog tulisan si perempuan. Semuanya penuh luahan rasa kecewa kerana diabaikan oleh si lelaki. Dia tahu itu semua berpunca daripadanya. Itu yang dia mahu. Memang dia tega menghancurkan hati kaum sejenisnya sendiri. Dia puas dengan tugasnya. Baginya itu merupakan satu hiburan buatnya.Q sebenarnya merupakan seorang perosak hubungan antara dua hati. Setakat ini sudah ramai yang menjadi mangsanya. Tetapi dia licik dalam melaksanakan rencananya. Tiada seorang perempuan yang menjadi mangsanya yang sedar akan kewujudannya. Dan kerana itu dia masih bebas menjadi penghancur kebahagiaan orang lain. 

***********************************
Pagi itu si lelaki mengajaknya bertemu. Di pertemuan mereka.......

"I dah break up dengan girlfriend I" ucap si lelaki.

"Oh,really? Apa dah jadi? Tapi you tak nampak sedih pun?"

"I tak boleh nak teruskan hubungan kami lagi. I dah tak cintakan dia!" ujar si lelaki.

"Habis tu apa you nak buat sekarang?"

"Q,takkan you tak nampak? I dah cintakan youlah. Would you be mine?" si lelaki meluahkan perasaan.

"Wait a second! You cintakan I? Are you serious? No way! You senang-senang tinggalkan girlfriend you,lepas tu mengaku cintakan I? Kalau lepas ni you jumpa orang lain,you tinggalkan I jugak? In your dream!" dia berlalu dan terus menghilang. Dalam hati dia tertawa kemenangan. Dia berjaya buat sekian kalinya. Dua lagi hati berkecai kerananya. 

***********************************
"Mama,bergembiralah! Q janji semua penderitaan mama akan berakhir. Q janji Ma. Mama akan menjadi 'the only one' macam yang mama inginkan. Mama tak perlu jadi yang pertama lagi. Mama bergembiralah." Dia memeluk tubuh kaku itu. Tubuh yang berbau hapak dan hanya tinggal rangka. Tubuh yang tiada siapa sedar tentang kematiannya. Tubuh yang tiada siapa tahu dimana tempatnya. Yang tahu hanyalah Q satu-satunya. Cuma dia.

Wednesday, March 7, 2012

Peringatan

Aku mohon tolonglah.....

Jangan cari aku di saat kau sedang terluka
Jangan cari aku di kala kau tiada teman bicara
Jangan cari aku semasa kau bersedih berduka
Jangan cari aku untuk menghilangkan kebosanan yang melanda.
Jangan cari aku sekiranya itu untuk sekejap cuma


Apa kau fikir aku ini seperti R&R ya? Yang boleh kau singgah bila-bila masa? Tolonglah mengerti apa yang kurasa. Jangan sampai aku lakukan kau seperti sampah yang tak berguna. Nanti buruk padahnya.

Friday, March 2, 2012

Setia

Jika aku tidak bertegur sapa
Bukan bermaksud aku lupa
Sekiranya aku berdiam diri
Aku punya sebab tersendiri
Seandainya aku berpura-pura
Itu cuma sementara
Aku sedar siapa diri ini
Percayalah aku pencinta sejati


Setia - ada makna di sebalik cerita. Cerita seorang pencinta yang setia.

Saturday, February 18, 2012

Waktu itu....

Tiba-tiba, aku tersedar rupa-rupanya masih ramai yang kisah akan aku. Bukan selama ini tiada, cuma aku yang tidak menyedari kehadiran mereka. Kerana apa? Ego yang tinggi melangit barangkali?

Tiba-tiba, aku rasa sebenarnya aku dah salah anggap dengan semua orang. Ya, kebanyakan buruk sangka tiu lebih kepada menyedapkan hati sendiri. Aku silap rupanya.

Tiba-tiba, aku terfikir selama ini aku yang tak tahu erti bersyukur. Dan mula timbul sifat tamak dalam diri. Mula mengharapkan yang lebih baik dari yang sebelum ini.

Tiba-tiba, aku bangkit dari mimpi yang panjang. Kebenaran terbongkar. Pada aku, bukan mimpi yang menghidupkan kita. Tapi kita yang harus hidupkan mimpi. Mimpi yang pasti.

Semuanya terjadi pada waktu itu. Waktu yang tiada siapa tahu. Selain aku.

Dan Dia.............

Friday, February 17, 2012

Perempuan Itu.....

Berdiri di situ
Masih seperti dulu
Terpaku dah terkaku
Mencari seorang aku



Kadang-kadang aku terfikir untuk apa semua itu? Apa sebenarnya yang dicari? Kebahagiaankah? Atau sekadar kepuasan? Aku sendiri tak mengerti. Abaikan persoalan-persoalan itu. Biarkan aku terus begitu. Tapi mampukah aku? Mampukah aku terus bertahan? Berapa lama lagi yang diperlukan? Nanti akan kufikirkan.