Kalau cinta jangan kacau.
Kalau sayang tak perlu marah.
Kalau ikhlas tak minta berbalas.
Serahkan cinta mu.
Pada yang punya cinta.
****************************************
Kalaulah cinta itu seluas lautan, aku mungkin tak mampu merentas lautan yang luas itu. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu kau yakin bahawa cinta itu akan kekal sebesar itu.
Kalaulah cinta itu setinggi langit, aku memang tak akan mampu menyentuhnya. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu kau bisa rasa bahawa cinta itu memang ada.
Kalaulah cinta itu seperti bintang, aku tahu aku tak bisa menggapainya. Tapi aku akan pastikan bahawa cinta itu akan terus bersinar terang sebagaimana bintang itu bersinar.
Semua itu cuma harapan. Kalau benar cinta itu untukmu, aku akan tetap pertahankan cinta itu hanya setelah Tuhan perkenankan cinta kita.
aku sokong yang ini *aku akan tetap pertahankan cinta itu hanya setelah Tuhan perkenankan cinta kita...* tersangat indah bila dpt diadaptasikan...
ReplyDeleteYa sangat indah. Tapi kadang-kadang ada yang silap mengerti. Apapun terima kasih ^_^
ReplyDelete