Thursday, April 26, 2012

Tanpa Tajuk #3

"Manusia yang hebat bukanlah kerana dia tidak pernah terjatuh. tetapi kerana kemampuannya untuk bangkit semula setiap kali jatuh."
ihsan google
Aku terjumpa sebuah buku lama. Yang kulitnya sudah tiada,yang kertasnya sudah berubah warna. Dan di muka pertama buku itu,tertulis ayat di atas. Tulisan yang kemas dari seseorang dan ditujukan khas buat seseorang yang lain. Bagaimanapun aku tidak mengenali nama-nama itu.

Aku tahu aku masih belum cukup hebat kerana aku masih sangat membutuhkan bantuan untuk bangkit kembali setiap kali selepas jatuh. 

Sunday, April 22, 2012

Kisah Satu Malam

Baru-baru ini ada berita tentang tsunami bakal melanda lagi. Aku bukan mahu bercerita tentang tsunami. Aku cuma mahu kongsi apa yang aku rasa. Baru sekejap tadi,aku berjalan-jalan di tepi laut. Mengambil angin kononnya. Boleh tahan lama juga tidak kesana. Setelah penat berjalan,aku melabuhkan punggungku di batu-batu tepi tu. Oh,aku pergi bersama ibuku. 

"Macam mana kalau tiba-tiba tsunami datang masa kita tengah duduk-duduk ni ye?" Ibu bertanya tiba-tiba.

Aku terkedu. Bagaimana jika tsunami itu benar-benar berlaku ketika itu? Bagaimana jika ajal kami hanya sampai saat itu? Memang takut. Belum banyak pahala yang aku buat. Masih banyak dosa yang belum dibetulkan. Baru sedikit amalan yang telah dilakukan. Ah,aku cuma bijak dalam berbicara. Praktikalnya bagaimana?

Satu benda aku teringat. Aku kurang pasti pepatah atau apa. Kata orang,"kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepian pantai." Lebih kuranglah situasinya disini. Jangan kita duga sesuatu itu. Allah ada dimana-mana. Kalau "jadi" kata-Nya,maka "jadilah". We never know what will happen next. Kita berserah dengan ketentuan takdir-Nya. 






*Sebenarnya aku nak cakap pasal benda lain juga tadi. Tapi,anggaplah ia hilang ditelan ombak. ^^v

Tuesday, April 17, 2012

Gembira atau Bahagia?


Sama maksud ke gembira dengan bahagia ni? Aku sendiri tak pasti. Tapi kadang-kadang bila aku gembira,aku tak rasa kebahagiaan tu. Sebaliknya bila aku bahagia,semestinya aku akan merasa gembira. I don't have much to tell. Aku ni pun hidup belum lama. Belum banyak bahagia yang aku rasa. Hanya sedikit kekecewaan yang aku lalui. Aku cuma mampu berharap. Biarlah bahagia yang kurasa akan dapat dijadikan kenangan untuk selamanya. Biarlah rasa kecewa aku hanya sekadar sekejap itu.