Friday, March 30, 2012

Kalau cinta

Kalau cinta jangan kacau. 
Kalau sayang tak perlu marah. 
Kalau ikhlas tak minta berbalas. 
Serahkan cinta mu. 
Pada yang punya cinta.

****************************************
Kalaulah cinta itu seluas lautan, aku mungkin tak mampu merentas lautan yang luas itu. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu kau yakin bahawa cinta itu akan kekal sebesar itu. 

Kalaulah cinta itu setinggi langit, aku memang tak akan mampu menyentuhnya. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu kau bisa rasa bahawa cinta itu memang ada.

Kalaulah cinta itu seperti bintang, aku tahu aku tak bisa menggapainya. Tapi aku akan pastikan bahawa cinta itu akan terus bersinar terang sebagaimana bintang itu bersinar.

Semua itu cuma harapan. Kalau benar cinta itu untukmu, aku akan tetap pertahankan cinta itu hanya setelah Tuhan perkenankan cinta kita.

Saturday, March 24, 2012

Tanpa tajuk #2

Kau dengan dia sama tetapi tak serupa
Kau buat apa yang dia buat
Kau ada apa yang dia ada
Cuma.....
Bukan kau yang aku mahu
Bukan kau yang curi hatiku
Bukan kau pilihanku
Jadi aku pinta
Tolong berhenti mengharap
Aku mohon.....

Monday, March 19, 2012

Sakit hati!

Kau pernah rasa tak nak bunuh orang tiba-tiba?
Kau pernah rasa tak nak maki orang dengan sengaja?
Kau pernah rasa tak nak pijak-pijak orang sampai habis nyawa?

Ok aku tau aku over. Cerpen aku yang cuma tinggal penutup je dah takde! Tinggal separuh je woi! Kejadah apa aku nak taip balik satu-satu? Mana aku nak kutip balik idea? BENGANGNYAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Thursday, March 15, 2012

Tanpa tajuk #1

JIKA MEREKA YANG MENYAYANGI AKU PUN TIDAK MENGENALI AKU, BAGAIMANA PULA DENGAN YANG TIDAK MENYAYANGI AKU?

JIKA MEREKA YANG MENGENALI AKU PUN TIDAK PUNYA KEYAKINAN TERHADAPKU, BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA YANG TIDAK MENGENALIKU?

JIKA MUNGKIN ADA YANG  PUNYA KEYAKINAN TERHADAPKU TETAPI TIDAK MEMBANTU UNTUK MAJU, BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA YANG LANSUNG TIDAK YAKIN DENGAN DIRIKU?

Kita tak pernah sendirian. Kita bukan berseorangan. Cuma kita belum sedar sebenarnya ada yang meneman. 

Saturday, March 10, 2012

Penakut

Aku memang penakut
Takut meluahkan rasa hati
Takut mempertahankan pendirian sendiri
Takut menyatakan kebenaran yang pasti

Aku yakin bukan semua silapku
Bila yang tersayang menjauh pergi
Bila yang dicinta mula meragui
Bila yang dirindu tidak mempercayai

Biarkan....
Biarkan aku terus begini
Tidak guna bersimpati lagi
Itu semua sudah tidak bererti

Thursday, March 8, 2012

Dendam

"Aku jumpa mangsa baru." 

Dari jauh dia melihat telatah dua manusia itu. Dia mengukir senyuman,sinis. Dia mula mengatur langkah dan mendekati pasangan itu. Setelah yakin si perempuan tidak perasan kemunculannya,dia melangkah perlahan-lahan dan dengan sengaja dia melanggar si lelaki. 

"Ops,I minta maaf. Inilah padahnya pakai highheels,tersadung pulak. I'm really sorry."

"Eh,takpe cik takpe. Are you ok?" tanya si lelaki,prihatin. Namun apabila melihat kecantikan gadis itu,dia seperti dipukau. 'Cantiknyaaa,' hatinya berbisik.

"Oh yes. I'm ok. Look,I've to go now. Maybe we can talk later?" dia menghulurkan kad namanya dan berlalu pergi. Si lelaki tidak sempat berkata apa-apa hanya melihat dia pergi meninggalkannya. Dia melihat kad nama itu. 'Q? Itu je nama dia? Pelik...'

***********************************
Q seorang gadis kacukan yang memiliki mata yang memukau,bibir yang menggiurkan dan bentuk tubuh yang menarik. Dia seorang yang agak misteri. Tidak mempunyai teman rapat,sentiasa bersendirian dan sering mengelak daripada keramaian. Q mempunyai satu prinsip hidup yang pelik mungkin? Dia sentiasa ingin menjadi 'the only one'. Baginya,menjadi yang pertama itu menyusahkan. Kerana di belakang yang pertama pasti ada yang kedua. Dia cuma mahu dialah satu-satunya dalam apa jua keadaan. 

************************************
Malam itu......

Si lelaki bersandar di kepala katilnya. Dimindanya terlakar semua perkara yang dilakukan pada hari itu. Tiba-tiba dia teringatkan gadis yang melanggarnya pada siang itu. Dia tercari-cari kad nama yang diberikan. Dia merenung kad itu. Dia berkira-kira mahu menghubungi gadis itu atau tidak. Tidak lama kemudian dia mendail pantas nombor yang tertera.Tidak sampai seminit menanti,panggilannya berjawab. Dia tergamam mendengar suara di talian. 'Wah,sedapnya suara dia. Boleh buat tak tidur malam ni.' Si lelaki sempat berangan. Setelah lama terdiam,dia mula berbiacara. Dia memperkenalkan diri dan mereka terus berbual. Lama. 

Sejak malam itu,hampir setiap hari mereka berbual. Malah kerap juga mereka keluar berdua. Si lelaki mula mengabaikan teman wanitanya. Apabila dia dihubungi oleh si perempuan,alasannya cuma satu. Sibuk. 

Di kamar Q.....

Matanya tertumpu kepada skrin komputer riba dihadapannya. Dia ketawa sendirian setelah membaca blog tulisan si perempuan. Semuanya penuh luahan rasa kecewa kerana diabaikan oleh si lelaki. Dia tahu itu semua berpunca daripadanya. Itu yang dia mahu. Memang dia tega menghancurkan hati kaum sejenisnya sendiri. Dia puas dengan tugasnya. Baginya itu merupakan satu hiburan buatnya.Q sebenarnya merupakan seorang perosak hubungan antara dua hati. Setakat ini sudah ramai yang menjadi mangsanya. Tetapi dia licik dalam melaksanakan rencananya. Tiada seorang perempuan yang menjadi mangsanya yang sedar akan kewujudannya. Dan kerana itu dia masih bebas menjadi penghancur kebahagiaan orang lain. 

***********************************
Pagi itu si lelaki mengajaknya bertemu. Di pertemuan mereka.......

"I dah break up dengan girlfriend I" ucap si lelaki.

"Oh,really? Apa dah jadi? Tapi you tak nampak sedih pun?"

"I tak boleh nak teruskan hubungan kami lagi. I dah tak cintakan dia!" ujar si lelaki.

"Habis tu apa you nak buat sekarang?"

"Q,takkan you tak nampak? I dah cintakan youlah. Would you be mine?" si lelaki meluahkan perasaan.

"Wait a second! You cintakan I? Are you serious? No way! You senang-senang tinggalkan girlfriend you,lepas tu mengaku cintakan I? Kalau lepas ni you jumpa orang lain,you tinggalkan I jugak? In your dream!" dia berlalu dan terus menghilang. Dalam hati dia tertawa kemenangan. Dia berjaya buat sekian kalinya. Dua lagi hati berkecai kerananya. 

***********************************
"Mama,bergembiralah! Q janji semua penderitaan mama akan berakhir. Q janji Ma. Mama akan menjadi 'the only one' macam yang mama inginkan. Mama tak perlu jadi yang pertama lagi. Mama bergembiralah." Dia memeluk tubuh kaku itu. Tubuh yang berbau hapak dan hanya tinggal rangka. Tubuh yang tiada siapa sedar tentang kematiannya. Tubuh yang tiada siapa tahu dimana tempatnya. Yang tahu hanyalah Q satu-satunya. Cuma dia.

Wednesday, March 7, 2012

Peringatan

Aku mohon tolonglah.....

Jangan cari aku di saat kau sedang terluka
Jangan cari aku di kala kau tiada teman bicara
Jangan cari aku semasa kau bersedih berduka
Jangan cari aku untuk menghilangkan kebosanan yang melanda.
Jangan cari aku sekiranya itu untuk sekejap cuma


Apa kau fikir aku ini seperti R&R ya? Yang boleh kau singgah bila-bila masa? Tolonglah mengerti apa yang kurasa. Jangan sampai aku lakukan kau seperti sampah yang tak berguna. Nanti buruk padahnya.

Friday, March 2, 2012

Setia

Jika aku tidak bertegur sapa
Bukan bermaksud aku lupa
Sekiranya aku berdiam diri
Aku punya sebab tersendiri
Seandainya aku berpura-pura
Itu cuma sementara
Aku sedar siapa diri ini
Percayalah aku pencinta sejati


Setia - ada makna di sebalik cerita. Cerita seorang pencinta yang setia.