"HAH?!"
"Umiiii,Iqa taknak kahwin dengan sepupu sendiri," rengekku.
"Umi bukan nak paksa. Tapi,Ayah Cik betul-betul nak Iqa jadi menantu dia. Umi taktau nak tolak macam mana," umi membalas lembut. Bersabar melayan anaknya yang sorang ini.
Aku betul-betul tak menjangkakan ini rupanya perkhabaran yang umi mahu sampaikan. Ayah Cik mahu menjodohkan aku dengan anaknya yang sebaya denganku. Bukan aku tak sukakan Haris,sepupuku itu. Cuma aku tak berapa rapat dengannya. Kami jarang berjumpa,jarang bercakap. Lagipun dia terlalu pendiam! Jauh bezanya dari aku yang bermulut bising ini. Aku sudah taktau nak buat apa lagi. Dalam fikiranku cuma ada seseorang. Aku khuatir bagaimana reaksi seseorang itu jika dia tahu berkenaan perkara ini. Sungguh,aku tak mahu dia tahu!
Ayah Cik seorang bapa saudara yang baik. Aku memang paling rapat dengannya sejak kecil lagi. Ayah Cik sering bertanya khabarku melalui telefon. Tapi selepas umi memberitahu tentang risikan Ayah Cik itu,aku cuba mengelak darinya. Semua SMS,Whatsapp,panggilan daripada Ayah Cik aku biarkan terabai. Walau bagaimanapun,aku memang tak dapat mengelak langsung apabila keluarga Ayah Cik bertandang ke rumah. Aku yang baru pulang daripada pejabat terus bersalaman dengan Ayah Cik dan Cik Ima. Sepupu kecilku,Hashrid,adik kepada Haris lebih suka bersendirian,kulihat bermain PSP tanpa menghiraukan kepulanganku. Semasa umi dan Cik Ima berada di dapur,aku yang baru turun sesudah menukar pakaian melihat Ayah Cik keseorangan di ruang tamu. Hashrid entah kemana perginya. Sedang aku mencari-cari kelibat Hashrid,Ayah Cik menegurku.
"Iqa kecik hati dengan Ayah Cik ke?"
"Eh,kenapa Ayah Cik cakap macam tu? Takkanlah Iqa nak kecik hati dengan Ayah Cik pulak,"aku cuba berseloroh walaupun aku tahu suaraku hambar. Aku boleh nampak wajah Ayah Cik tidak ceria. Aku rasa sangat serba salah.
"Iqa tak suka ye Ayah Cik nak jadikan Iqa menantu Ayah Cik?"
"Bukan macam tu,Ayah Cik. Iqa... Iqa taktau la Ayah Cik. Iqa tak rapat dengan Haris. Entahlah. Haris dengan Iqa dari kecik tak ngam. Macam mana nak kahwin kalau macam tu?"
"Macam nilah. Ayah Cik bagi Iqa masa untuk fikir dulu. Iqa akan buat solat istikharah. Nanti Iqa bagitahu Ayah Cik keputusan Iqa,ye? Iqa minta sangat Ayah Cik dapat faham Iqa," sambung aku bila Ayah Cik sekadar mendiam diri.
'Baiklah kalau macam tu. Ayah Cik minta maaf kalau Ayah Cik macam mendesak Iqa. Iqa budak baik. Ayah Cik nak sangat Iqa jadi menantu Ayah Cik. Tapi takpelah. Ayah Cik bagi Iqa masa. Nanti lain kali kita cakap pasal ni lagi. Jomlah kita ke dapur. Ayah Cik dah lapar ni. Apa agaknya umi dengan Cik Ima kamu buat dekat dapur tu." Aku sekadar tersenyum kecil dan mengekori langkah Ayah Cik ke dapur.
*****************************
-BERSAMBUNG-