People say, "easy come,easy go".
Aku sangat takut dengan frasa ini. Kerana bagi aku,mengapa perlu muncul kalau tahu akan pergi? Kalau benar dia akan pergi sebagaimana mudahnya dia hadir dalam hidup aku,aku akan buat dia muncul dengan sukar agar dia juga perlu bersusah payah untuk meninggalkanku. Sounds desperate? Kalau benar aku mahukan dia,aku akan usahakan. Aku penat menjadi pemerhati semata,bila kepunyaanku dirampas. Cukuplah. Aku serik. Kenapa cuma aku yang harus ikut telunjuk orang? Kenapa cuma aku yang perlu mengalah dalam setiap hal? Kenapa cuma aku yang mesti terima kata putus mereka? Ini hidup aku,atau hidup mereka?! Ah,aku yang terlalu berlembut rasanya. Jadi yang lain mula pijak kepala. Sudah. Kelaut jadinya ayat aku nanti.
P/S: sebenarnya ini untuk sedapkan hati sendiri. Kalau dah Allah tak izinkan dia jadi milikku,apa lagi yang boleh aku debatkan? Tiada apa.
jgn risau yang... bila terlepas, sebenarnya DIA sedang merencana sesuatu yang paling hebat untuk kamu,.... insyaallah
ReplyDeletemudah-mudahan. hehe terima kasih :)
ReplyDelete